Abim Kuala Kangsar. Dikuasakan oleh Blogger.

30 November 2010

Usrah Mingguan

Assalamualaikum wbt.
InsyaAllah, sesiapa yang berkelapangan boleh hadir ke usrah mingguan ABIM Kuala Kangsar, seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30 November 2010.
Masa  : 8.30 malam
Tempat: Taski Annur ABIM, Chandan Putri.

Sekian, Dimaklumkan.

28 November 2010

Sistem Tarbiyyah ABIM

Sistem Tarbiyyah ABIM : Satu PengenalanPDFPrintE-mail
Oleh: Prof Madya Dr Ab Halim El-Muhammady

Pendahuluan

Tarbiyyah merupakan suatu yang amat penting untuk membawa perubahan
kepada manusia. Justeru, al-Qur’an diturunkan sebagai bahan utama dalam
pengisian tarbiyyah melalui proses pembacaan, penulisan, pengajaran dan
penguasaan ilmu yang berasaskan ketuhanan mengikut penghuraian dan
penghayatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam realiti hidupnya.
Manusia yang tidak peka kepada ilmu tidak mampu untuk mengubah pandangan
dan cara hidupnya ke arah yang lebih maju dan lebih sempurna.

ABIM sebagai sebuah badan gerakan yang berperanan untuk mengubah
 masyarakat dan mengislahkan cara hidup mereka mestilah bertolak
dari penguasaan ilmu; ilmu yang berteraskan tauhid, dan
mengislahkan manusia dalam segala aspeknya. Kemudian
ia mampu pula mengolah dan menggunapakai dalam realiti
kehidupan masyarakat bagi mencapai kehidupan yang bahagia
(hasanah) di dunia dan di akhirat.


Definisi Tarbiyyah

Terdapat beberapa istilah berkaitan dengan pendidikan dalam Islam,
 ia mencakup perkataan taclim , tarbiyyah , dan ta’dib. Tetapi
perkataan tarbiyyah kerap digunakan dalam konteks membincangkan
 tentang pendidikan. Tarbiyyah yang dimaksudkan ini ialah, ”proses
mendidik dan melatih akal, rohani dan jasmani manusia dengan
 asas nilai-nilai islamiah, yang bersumberkan wahyu al-Qur’an
dan Sunnah bagi melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan
 diri kepada Allah semata-mata.”

Bertolak dari definisi ini dapat disimpulkan bahawa pendidikan Islam
 itu menekankan konsep-konsep berikut:

1. Pendidikan seumur hidup.

2. Pembangunan seluruh potensi manusia (roh, akal dan jasad) secara
 padu dan mencakupi aspek kognitif, efektif dan rasional sekaligus.

3. Menyampaikan dua fungsi:
a) sebagai hamba Allah (cubudiyyah, latitude); dan
b) sebagai khalifah Allah (wakil Allah di bumi, vicegerent of Allah)

4. Memakmurkan seluruh alam di atas dasar;
a) kesepaduan dan kesempurnaan iman (Faith)
b) Ilmu (knowledge) dan amal soleh (virtous deeds) demi untuk mencapai
kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Dalam konteks ABIM, aspek asas yang ditekankan dalam pendidikan
sebagaimana yang disebutkan di atas adalah merupakan inti pati lepada pendidikan
harakiyyah yang diperlukan oleh ABIM, dan proses pendidikan itu berteraskan ilmu, membangun syakhsiyyah
secara sepadu, membina kesedaran tanggungjawab terhadap Allah,
manusia dan persekitaran serta melibatkan diri dalam mengislah dan
memakmurkan alam seluruhnya di atas asas iman dan amal soleh demi
kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi.


Pengisian Tarbiyyah

Pengisian tarbiyyah dari sudut tuntutan hukum ada dua iaitu; tuntutan wajib
'aini yang pengisiannya memerlukan lepada perkara-perkara berkaitan Islam,
iman dan Ihsan. Ia menjurus kepada pembinaan peribadi muslim.
Islam pula pengisiannya merangkumi syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.
Manakala iman pengisiannya meliputi keimanan kepada Allah s.w.t.,
Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Kiamat dan Qadha’ serta
Qadar. Ihsan pula membina keikhlasan hati dalam hubungan
 dengan Allah s.w.t. dan urusan Ibadah khusus dan umum. Maka, ia
perlu kepada penyucian sifat-sifat keji yang menghalang dan mengganggu
ketelusan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. dalam segala
 urusannya seperti kewujudan sifat cujub, takabur, pemarah, tamak,
 cintakan dunia, mengikut nafsu serta bakhil.

Pengisian-pengisian keilmuan dan kemahiran beramal dalam
 perkara-perkara asas keagamaan ini perla diambil sumbernya
secara langsung dari Qur’an, Sunnah pengalaman sahabat-sahabat
 Rasulullah s.a.w. serta huraian-huraian ilmuan dan ulama’ yang muktabar.

Dalam konteks kehidupan keluarga termasuk juga dalam kategori fardhu
cain ini perkara-perkara asas keperluan keluarga, isteri dan anak-anak
 seperti pendidikan asas,agama, keperluan makanan, pakaian, kesihatan,
 tempat tinggal dan kemudahan-kemudahan keluarga yang
 lain untuk kebahagiaan hidup mereka.

Satu lagi tentang pengisian tarbiyyah ini termasuk dalam kategori
tuntutan fardu kifa’i; iaitu tuntutan yang berbentuk jamaci
 di mana kumpulan umat Islam dituntut perlu menyelesaikan
keperluan tersebut. Ia lebih kepada perkara-perkara yang bertujuan untuk
memenuhi keperluan masyarakat seperti bidang perubatan,
bidang pertanian, bidang preusan, bidang pertukangan, bidang matematik
dan sains, bidang perdagangan dan hukum.

Selain perkara-perkara di atas, keperluan kepada tahap keilmuan yang
lebih tinggi dan lebih mendalam terhadap sesuatu bidang juga statut
 tuntutan hukum syarac kerana mereka yang pakar ini akan menjadi
 kumpulan untuk peningkatan ilmu dan sebagai benteng untuk
mempertahankan kedaulatan bangsa dan budaya hidup mereka. Tanpa ilmu
yang mendalam dan tidak kreatif serta kritis, kita tidak dapat menyaingi pihak-pihak
 lain dan mungkin juga kita akan tenggelam dalam arus persaingan dengan
 mereka yang lebih tinggi kedudukannya dalam keilmuan dan ketamadunannya.
Mekanisme Pendidikan

Dalam konteks tarbiyyah harakiyyah ABIM ada tiga mekanisma digunakan untuk
meningkat ahli dalam pendidikan. Mekanisma-mekanisma itu ialah:

(1) Usrah mingguan: usrah merupakan mekanisma asas untuk tarbiyyah ABIM

(2) Pengisian ilmu : Dalam usrah ahli dilantik memahami perkara-perkara asas
Islam terutamanya tentang bacaan dan memahami al-Qur’an dan Hadith, sirah, akidah,
 fiqh dan akhlak. Selain dari componen asas ini mereka juga diberi kefahaman tentang
 gerakan Islam dari sudut pemikiran dan lokasi operasi mereka di dunia Islam serta
pemikiran-pemikiran semasa. Ini adalah aspek keilmuannya.

(3) Kerohanian : Selain dari aspek keilmuan, aspek kerohanian juga ditekankan iaitu
 solat maghrib atau isya’ berjemaah, berzikir selepas solat, beramal dengan
zikir al-Ma’thurat dan bacaan al-Qur’an 30 juzu’ pada bulan Ramadhan sebagai
 ganti dan usrah dan solat terawih bersama.

(4) Ikatan ukhuwwah : Ikatan ukhuwwah cuba dibina melalui makan bersama
yang disediakan oleh ahli di rumahnya dengan penglibatan keluarga, zikir
 bersama dan solat jamaah.

(5) Membina potensi kepimpinan : Usrah merupakan satu bentuk pengajian
 halaqah, tetapi ia mempunyai struktur organisasi dari sudut gerak kerjanya.
Ia ada naqib dan penolongnya, setiausaha dan penolongnya serta bendahari.
Maka melalui kegiatan usrah ini secara tidak langsung kita mendidik ahli ciri-ciri
kepimpinan; kepimpinan dalam kerohanian dalam solat, dan kepimpinan dalam
menggerakkan kerja-kerja masyarakat. Setiap ahli perla dilatih menjadi Imam solat,
sekurang-kurangnya ketika usrah di rumah.
Merealisasi Pemikiran Gerakan dalam Masyarakat
Pendidikan : Pemikiran dan pemahaman yang dibincnag dalam usrah cuba
 direalisasikan dalam kerja-kerja amal di tempat di mana ahli usrah itu bergerak.
Kegiatan yang dijalankan dalam bidnag pendidikan ialah pendidikan asas agama
seperti TASKI, TAHFIZ dan kelas al-Qur’an.

Kegiatan ini banyak membantu masyarakat untuk keperluan anak-anak mereka dan
sekaligus memberikan gambaran yang baik buat ABIM.

Ekonomi : Menjalankan aktiviti ekonomi secara kecil-kecilan di tempat di mana usrah
digerakkan sama ada melalui kelompok usrah atau melalui KBI. Kegiatan bisnes itu
selalunya yang ada kaitan dengan pendidikan dan keperluan bahan-bahan harian
 untuk ahli dan masyarakat.

Kebajikan : Selain itu, aktiviti kebajikan juga dijalankan secara bekerjasama
seperti kerja gotong-royong, membantu orang-orang miskin pada bulan Ramadhan
atau hari raya, dan juga derma kematian dan orang-orang sakit setempat. Kegiatan
ko-kurikulum turut diadakan untuk para pelajar.

Usrah Gabungan : Usrah gabungan merupakan satu kegiatan untuk mendekatkan
 ahli-ahli dari pelbagai kumpulan usrah dalam sesuatu daerah. Kegiatan
 usrah gabungan ini lebih kepada hubungan persaudaraan dan tajuk perbincangan
 selalunya berkaitan dengan isu-isu semasa sama ada dalam konteks organisasi
atau luarnya; dalam negara atau luar negara.


Tamrin
Tamrin mempunyai tiga peringkat iaitu Tamrin asas, Tamrin peningkatan dan
Tamrin lanjutan.

-Mukhayyam: Program mukhayyam penumpuannya lebih kepada pembangunan
 fizikal dan ketahanan serta amalan kerohanian di samping menimbulkan kesedaran
terhadap pertahanan agama, negara dan umat.

- Amalan Kerohanian: Amalan kerohanian dalam gerakan ABIM diserap dalam
aktivitinya berterusan seperti bacaan Ma’thurat al-Kubra. Tetapi penumpuan agak
 lebih dalam Tamrin, terutamanya solat Tahajjud, Tilawah al-Qur’an, Tafakkur,
 Solat Dhuha, Solat Hajat, Solat Awwabin dan sebagainya. Penumpuan tilawah
al-Qur’an secara jamacah lebih ditumpukan pada bulan Ramadhan, dan solat
Tarawih sebagai ganti majlis usrah biasa.
Pendekatan Gerakan ABIM

1. ABIM dalam gerakannya tidak menekankan aspek lahiriyyahnya, terutama dalam aspek
pakaian yang ditekankan aspek tuntutan penutupan auratnya, dan tidak terikat kepada
pakaian tradisional. Ini memudahkan untuk melebarkan pergerakan dalam masyarakat
kerana tidak ada halangan psikologi antara pendakwah ABIM dengan masyarakat.

2. ABIM sebagai badan dakwah bergerak dalam semua bidang keperluan masyarakat.
 Ia menggunakan pendekatan terbukan dalam menjalankan kegiatan masyarakat dan
keperluan masyarakat, dapat bekerjasama dengan pertubuhan lain yang tidak keterlaluan
 percanggahannya dengan Islam sama ada pertubuhan Islam atau bukan Islam.
Ini bertujuan untuk meletakkan ABIM sebagai sebuah gerakan yang peka terhadap
kepentingan masyarakat secara umum.

3. Mewujudkan model institusi Islam dalam keupayaannya dalam bidang pendidikan,
ekonomi, dan hubungan kemasyarakatan. Iman dan amal perlu seiring dalam amalan ABIM.

4. Mewujudkan rangkaian hubungan baik dengan semua kelompok dan organisasi
yang dianggap boleh bekerjasama dalam kegiatan-kegiatan kemanusiaan, dan
keislaman di dalam dan di luar negeri. Sebagai badan dakwah, kita tidak mewujudkan
 musuh, tetapi mewujudkan kawan dan teman lebih banyak.
Kesan Gerakan ABIM
Gerakan ABIM selama lebih tiga dekad telah dapat dilihat kesan-kesannya yang positif dalam
 pembangunan masyarakat:
1. Dapat menimbulkan kesedaran Islam harakiyyah yang menjurus kepada orientasi kerja
dalam aspek pendidikan ekonomi dan kemasyarakatan.

2. Dalam mengubah falsafah pendidikan negara melalui pegawai-pegawai yang
mendokong fiqrah ABIM dengan falsafah pendidikan sepadu yang
menggabungkan aspek keislaman dan akademik. Mengasaskan sistem
pendidikan Islam sepadu dari peringkat Taski, menengah dan tinggi.

3. Dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat dalam ekonomi yang berteraskan
syaricah Islamiyyah, melalui pengalaman KBI tahun 1970an yang menjadikan
prinsip Islam sebagai asas perniagaan untuk menjana keuntungan yang membawa
 perubahan kepada Akta Koperasi yang dapat menerima prinsip Islam dalam
pembiayaannya, dan demikian juga kemunculan bank Islam kemudiannya.

4. Membina kesedaran masyarakat hidup berbudaya Islam dari sudut pakaian
 dan perhubungan masyarakat serta kegiatan-kegiatan lain.

5. Mewujudkan institusi pendidikan, institusi perniagaan yang dikendalikan sendiri
oleh ABIM sebagai model institusi Islam.

6. Membina kesedaran masyarakat dalam pemikiran politik masyarakat dalam
 negara yang lebih terarah dan lebih bermoral. Demikian juga sumbangan
 ABIM dalam aspek perundangan Islam tidak ketinggalan.

7. Penglibatan ABIM dalam arena antarabangsa yang menyumbang kepada
masyarakat antarabangsa yang berada dalam kelompok seperti Palestin, Bosnia,
 Sri Lanka, Acheh, Filipina, Thailand dan lain-lain.
Penutup
Pergerakan ABIM yang telah bergerak lebih 3 dekad dalam memberi sumbangan
kepada masyarakat dari aspek keislaman, kemasyarakatan dan kemanusiaan
masih bergerak aktif sejak dari penubuhannya. Kekuatan ahli dan ketahanannya
dalam mendokong gerakan ini berterusan adalah hasil dari Tarbiyyah ABIM
serta berterusan sebagai sebuah gerakan belia, kebiasaannya agak sukar
untuk dipupuk ketahanannya. Hal ini dapat dilihat kepada pertubuhan-pertubuhan
 belia yang lain yang seangkatan dengannya telah lesu dan sebahagiannya telah mati,
sama ada ia gerakan NGO biasa atau badan-badan dakwah Islam. Kita bersyukur
 di atas pencapaian ini dan diharapkan Allah akan memberi kekuatan kepada kita
 secara berterusan dan merestui kerja-kerja untuk menegakkan agamanya di muka bumi ini.

20 November 2010

Ulama dan Umara'

Majlis Ihtifal Taski Annur ABIM Kuala Kangsar 2010

Pelancaran Blog ABIM Kuala Kangsar

Dengan ini kami melancarkan buat pertama kalinya blog ABIM Kuala Kangsar khusus untuk melaporkan aktiviti dan program ABIM Daerah Kuala Kangsar. Sekian, wassalam

Perjuanganku