Alhamdulillah telah selesai Program 'Parenting'di Masjid Ridzuaniah Kuala Kangsar sebentar tadi. Moderator Cikgu Mustafa Bakar.
15 Februari 2013
14 Januari 2013
Ibu Bapa Perlu Bersama Jayakan Agenda Pendidikan Anak-anak
Kita telah memasuki minggu kedua tahun baru masihi 2013. Tahun baru membawa makna yang unik kepada setiap individu. Ada yang membawa kegembiraan, kedukaan mahupun tak membawa sebarang perubahan. Antara yang menggamit perhatian adalah langkahan pertama anak ke alam persekolahan. Setiap dari kita sudah tentu mempunyai pengalaman yang tersendiri memasuki alam persekolahan. Ia akan menjadi kenangan sepanjang hayat kita.
Kini perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah menjengah ke tahun ketiga perlaksanaannya. KSSR menjadi titik tolak perubahan kepada sistem pendidikan negara. Banyak perubahan besar yang berlaku terutamanya sistem pentaksiran yang menilai pelajar secara lebih holistik. Holistik yang membawa maksud dari sudut penilaian ke atas individu pelajar yang meliputi sikap, jasmani, intelek dan kerohanian. Ia juga membawa maksud penilaian terhadap kesemua mata pelajaran tanpa terkecuali satu subjek pun.
Persoalannya sekarang adalah, sejauh mana ibubapa hari ini peka dengan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Kebanyakan ibubapa masih terhimbau dengan situasi lama ketika mereka bersekolah dahulu. Usaha untuk memahami perubahan ini terutamanya dalam kalangan ibubapa Melayu amat mengecewakan.
Pengalaman bergelar guru selama 11 tahun menyedarkan saya betapa kurangnya perhatian kepekaan terhadap perubahan dalam sistem pendidikan. Sebagai contohnya siatem sijil terbuka di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Walaupun telah lebih sepuluh tahun ia dilaksanakan masih ada ibubapa yang tidak memahami fungsi mata pelajaran yang dikategorikan sebagai subjek teras, elektif dan sebagainya. Keperluan subjek elektif dalam menentukan aliran pengajian yang seterusnya amat kurang difahami oleh ibubapa. Apa yang dikesalkan adalah kemahuan dan kesungguhan untuk mencari maklumat yang tepat oleh ibubapa akhirnya memangsakan anak sendiri.
Kini kesedaran untuk membuat ujian kecenderungan kerjaya telah mula timbul, bagi membantu para pelajar dan ibu bapa membuat keputusan dan pilihan, dalam menentukan kerjaya pada masa hadapan. Itu pun saya kira ia begitu lambat kerana penentuan kerjaya menerusi ujian personaliti ini seharusnya dilakukan lebih awal lagi seawal sijil terbuka SPM diperkenalkan. Maka barulah tidak timbul perlumbaan penimbunan mata pelajaran dari 12 mata pelajaran hingga ke 21 mata pelajaran.
Sebagai ibu bapa di zaman mobiliti komunikasi ini kita seharusnya mampu mengakses maklumat mengenai pendidikan dengan mudah. Saya percaya golongan guru lebih dari bersedia untuk memberikan panduan dan maklumat dalam menerangkan perubahan yang berlaku. Amat kurang kita lihat perbincangan yang dimulai oleh ibu bapa bagi memperolehi maklumat mengenai pendidikan anak-anak. Begitu juga di peringkat sekolah menengah yang turut melaksanakan kini Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang memerlukan sokongan ibu bapa bagi menjayakannya.
Kedua-dua peringkat kurikulum ini amat memerlukan anjakan minda bagi memastikan kejayaannya. Ia tidak boleh berlaku selagi persoalan ‘Bolehkah anak saya memperolehi gred A dalam mata pelajaran tertentu?’, masih bermain dalam pemikiran ibu bapa. Atau wujud ibu bapa yang cuba untuk menyamakan penggredan ‘ben’ dengan ‘A’. Sokongan dari semua pihak diperlukan bagi memastikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dokumen dan segala eviden yang perlu perlu dipastikan lengkap agar proses dan kesinambungan penilaian dapat dilakukan tanpa gangguan. Gangguan terhadap penilaian seperti kehadiran ke sekolah, penyediaan peralatan oleh ibu bapa amat mempengaruhi prestasi anak-anak kelak.
Oleh itu adalah disarankan agar penjelasan yang berkesan dan mudah difahami oleh ibu bapa hendaklah dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Ia boleh dibuat menggunakan pelbagai media elektronik dan bercetak. Begitu juga dengan pihak ibu bapa agar berusaha mencari maklumat selengkap mungkin bagi membantu proses pendidikan anak-anak. Kita tidak mahu nanti kejahilan membantutkan perubahan. Sedangkan perubahan amat diperlukan dalam membaiki sistem yang sedia ada. Dan seperkara yang amat penting adalah jangan dipolitikkan penjelasan dan penerangan mengenai perubahan ini kerana ia nanti akan menenggelamkan niat suci dan murni pada peringkat awalnya. Satu pernyataan keprihatinan terhadap masyarakat kita yang terlalu obsess dengan politik kebelakangan ini.
AMIDI BIN ABDUL MANAN
Presiden ABIM

Program Keibubapaan Sempena Sambutan Maulidur Rasul
Angkatan Belia Islam Malaysia akan mengadakan Program 'Parenting' sempena sambutan Maulidur Rasul 2013/1433
Tarikh : 16 Februari 2013
Masa : 8.30pg-12.30 ptg
Tempat : Dewan Mesyuarat Masjid Ridzuaniah Kuala Kangsar.
Tarikh : 16 Februari 2013
Masa : 8.30pg-12.30 ptg
Tempat : Dewan Mesyuarat Masjid Ridzuaniah Kuala Kangsar.
11 April 2011
Membentuk Masyarakat Muhibbah-Presiden ABIM
UMAT Islam dan seluruh penganut agama di negara ini baru saja kehilangan Datuk Hajah Ilani Isahak (1953-2011) yang kembali ke rahmatullah. Beliau seorang aktivis dan pemimpin masyarakat yang banyak menyumbang jasa kepada pembangunan negara sepanjang usianya. Beliau paling menonjol sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA). Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk meningkatkan jalinan muhibah antara penganut agama di negara ini.
Sebagai seorang anggota jawatankuasa ini, kehilangan Allahyarham Ilani amat dirasai. Saya sempat bersama beliau di beberapa mesyuarat dan pertemuan antara penganut agama adalah kenangan yang amat bermakna terutama untuk terus terbabit menjayakan cita-cita murni JKMPKA yang beliau pengerusikan sebelum ini. Jawatankuasa berkenaan amat penting dijayakan demi kepentingan agama dan negara dalam mendidik dan memupuk kesedaran memandangkan ia diasaskan bagi memupuk sikap masyarakat Malaysia untuk saling menghargai kemajmukan agama di negara kita hari ini.
Antara sumbangan penting Ilani ialah mempengerusikan bengkel kerja antara pemimpin penganut agama bertujuan mewujudkan kerangka dan agenda kerja JKMPKA. Pada bengkel itu, seluruh pimpinan agama bersepakat menjayakan visi atau cita-cita bersama JKMPKA iaitu ‘Ke Arah Malaysia Harmoni dan Muhibah’. Bagi mencapai cita-cita besar ini, ahli jawatankuasa bertekad merealisasikan misi JKMPKA iaitu ‘untuk menjadi mekanisme dialog dan mediasi bagi mewujudkan persefahaman dan keharmonian antara penganut agama ke arah membina Malaysia sebagai sebuah negara berjiwa muhibah’.
Dengan pemuafakatan terhadap visi dan misi ini, JKMPKA kini boleh dikatakan mantap dari sudut keorganisasian dan berada pada landasan betul dalam konteks membangunkan masyarakat berjiwa muhibah antara penganut agama. Sekiranya cita-cita dan usaha bermakna ini dapat dipupuk penghayatannya secara berterusan, kita yakin impian mewujudkan masyarakat menghargai kemajmukan agama akan dapat dijelmakan.
Bagi mengukuhkan impian ini, JKMPKA bersetuju menubuhkan empat jawatankuasa kerja bagi menggerakkan aktiviti bersesuaian mencapai visi dan misinya. Jawatankuasa kerja itu ialah Jawatankuasa Kerja Persefahaman Terhadap Isu-isu Antara Penganut Agama; Jawatankuasa Kerja Aktiviti-Aktiviti Bersama; Jawatankuasa Kerja Mediasi Antara Penganut Agama dan Jawatankuasa Acara Bersama Kerajaan dan Pemimpin Masyarakat.
Menerusi empat jawatankuasa ini, beberapa aktiviti telah dicadangkan. Kita yakin sekiranya segala aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, kita bakal menyaksikan persekitaran kehidupan beragama yang harmoni dan muhibah lagi meriah di negara ini pada masa depan.
Menghargai kemajmukan dalam apa juga bentuk dan manifestasinya bukanlah sesuatu yang asing dari sudut pandangan Islam. Dalam tradisi kehidupan masyarakat Islam sendiri, kemajmukan hidup masyarakatnya adalah satu fenomena amat jelas. Seorang sarjana, Azyumardi Azra mencatatkan iaitu fenomena kemajmukan masyarakat Muslim adalah realiti dan ia tumbuh kerana kelainan persekitaran sejarah, budaya, politik dan ekonomi masyarakat itu.

Menurut beliau, dalam konteks masyarakat Islam sendiri, susunan kemasyarakatannya dapat dipecahkan kepada sekurang-kurangnya lapan kelompok iaitu, Arab, Parsi, Turki, Sudan (Afrika berkulit hitam), Benua Kecil India, Melayu-Indonesia, Sino-Islamik dan Hemisfera Barat hemisphere. Begitulah realiti kemajmukan yang dialami dalam konteks masyarakat Islam secara keseluruhan.
Sekiranya ditinjau dari sudut doktrin keagamaan pula, pemikiran mengenai realiti kemajmukan terutama sekali dalam soal kepelbagaian kepercayaan dalam kehidupan manusia telah mendapat perbahasan jelas dalam al-Quran. Dalam kaitan inilah, seorang lagi sarjana Muslim, Hussin Mutalib menyatakan sikap agama Islam mengenai kemajmukan agama ini amat jelas. Inilah yang tergambar dalam surah al-Kafirun (Al-Quran,109:1-6), yang mana umat Islam dikehendaki membuat penegasan mengenai kelainan dasar antara kepercayaan agamanya dengan agama lain dan oleh kerana itu setiap penganut agama hendaklah membuat ketetapan dan pilihan sendiri tentang kepercayaan dan anutan mereka. Ketetapan ini tentunya juga antara lain bagi menjelaskan secara khusus kepada penganut agama Islam iaitu sebarang bentuk pemaksaan kepercayaan agama Islam terhadap penganut agama lain adalah ditegah.
Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

30 November 2010
Usrah Mingguan
Assalamualaikum wbt.
InsyaAllah, sesiapa yang berkelapangan boleh hadir ke usrah mingguan ABIM Kuala Kangsar, seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 30 November 2010.
Masa : 8.30 malam
Tempat: Taski Annur ABIM, Chandan Putri.
Sekian, Dimaklumkan.

28 November 2010
Sistem Tarbiyyah ABIM
| Sistem Tarbiyyah ABIM : Satu Pengenalan |
Oleh: Prof Madya Dr Ab Halim El-Muhammady Pendahuluan Tarbiyyah merupakan suatu yang amat penting untuk membawa perubahan kepada manusia. Justeru, al-Qur’an diturunkan sebagai bahan utama dalam pengisian tarbiyyah melalui proses pembacaan, penulisan, pengajaran dan penguasaan ilmu yang berasaskan ketuhanan mengikut penghuraian dan penghayatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam realiti hidupnya. Manusia yang tidak peka kepada ilmu tidak mampu untuk mengubah pandangan dan cara hidupnya ke arah yang lebih maju dan lebih sempurna. ABIM sebagai sebuah badan gerakan yang berperanan untuk mengubah masyarakat dan mengislahkan cara hidup mereka mestilah bertolak dari penguasaan ilmu; ilmu yang berteraskan tauhid, dan mengislahkan manusia dalam segala aspeknya. Kemudian ia mampu pula mengolah dan menggunapakai dalam realiti kehidupan masyarakat bagi mencapai kehidupan yang bahagia (hasanah) di dunia dan di akhirat. Definisi Tarbiyyah Terdapat beberapa istilah berkaitan dengan pendidikan dalam Islam, ia mencakup perkataan taclim , tarbiyyah , dan ta’dib. Tetapi perkataan tarbiyyah kerap digunakan dalam konteks membincangkan tentang pendidikan. Tarbiyyah yang dimaksudkan ini ialah, ”proses mendidik dan melatih akal, rohani dan jasmani manusia dengan asas nilai-nilai islamiah, yang bersumberkan wahyu al-Qur’an dan Sunnah bagi melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.” Bertolak dari definisi ini dapat disimpulkan bahawa pendidikan Islam itu menekankan konsep-konsep berikut: 1. Pendidikan seumur hidup. 2. Pembangunan seluruh potensi manusia (roh, akal dan jasad) secara padu dan mencakupi aspek kognitif, efektif dan rasional sekaligus. 3. Menyampaikan dua fungsi: a) sebagai hamba Allah (cubudiyyah, latitude); dan b) sebagai khalifah Allah (wakil Allah di bumi, vicegerent of Allah) 4. Memakmurkan seluruh alam di atas dasar; a) kesepaduan dan kesempurnaan iman (Faith) b) Ilmu (knowledge) dan amal soleh (virtous deeds) demi untuk mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Dalam konteks ABIM, aspek asas yang ditekankan dalam pendidikan sebagaimana yang disebutkan di atas adalah merupakan inti pati lepada pendidikan harakiyyah yang diperlukan oleh ABIM, dan proses pendidikan itu berteraskan ilmu, membangun syakhsiyyah secara sepadu, membina kesedaran tanggungjawab terhadap Allah, manusia dan persekitaran serta melibatkan diri dalam mengislah dan memakmurkan alam seluruhnya di atas asas iman dan amal soleh demi kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi. Pengisian Tarbiyyah Pengisian tarbiyyah dari sudut tuntutan hukum ada dua iaitu; tuntutan wajib 'aini yang pengisiannya memerlukan lepada perkara-perkara berkaitan Islam, iman dan Ihsan. Ia menjurus kepada pembinaan peribadi muslim. Islam pula pengisiannya merangkumi syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Manakala iman pengisiannya meliputi keimanan kepada Allah s.w.t., Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Kiamat dan Qadha’ serta Qadar. Ihsan pula membina keikhlasan hati dalam hubungan dengan Allah s.w.t. dan urusan Ibadah khusus dan umum. Maka, ia perlu kepada penyucian sifat-sifat keji yang menghalang dan mengganggu ketelusan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. dalam segala urusannya seperti kewujudan sifat cujub, takabur, pemarah, tamak, cintakan dunia, mengikut nafsu serta bakhil. Pengisian-pengisian keilmuan dan kemahiran beramal dalam perkara-perkara asas keagamaan ini perla diambil sumbernya secara langsung dari Qur’an, Sunnah pengalaman sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. serta huraian-huraian ilmuan dan ulama’ yang muktabar. Dalam konteks kehidupan keluarga termasuk juga dalam kategori fardhu cain ini perkara-perkara asas keperluan keluarga, isteri dan anak-anak seperti pendidikan asas,agama, keperluan makanan, pakaian, kesihatan, tempat tinggal dan kemudahan-kemudahan keluarga yang lain untuk kebahagiaan hidup mereka. Satu lagi tentang pengisian tarbiyyah ini termasuk dalam kategori tuntutan fardu kifa’i; iaitu tuntutan yang berbentuk jamaci di mana kumpulan umat Islam dituntut perlu menyelesaikan keperluan tersebut. Ia lebih kepada perkara-perkara yang bertujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat seperti bidang perubatan, bidang pertanian, bidang preusan, bidang pertukangan, bidang matematik dan sains, bidang perdagangan dan hukum. Selain perkara-perkara di atas, keperluan kepada tahap keilmuan yang lebih tinggi dan lebih mendalam terhadap sesuatu bidang juga statut tuntutan hukum syarac kerana mereka yang pakar ini akan menjadi kumpulan untuk peningkatan ilmu dan sebagai benteng untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan budaya hidup mereka. Tanpa ilmu yang mendalam dan tidak kreatif serta kritis, kita tidak dapat menyaingi pihak-pihak lain dan mungkin juga kita akan tenggelam dalam arus persaingan dengan mereka yang lebih tinggi kedudukannya dalam keilmuan dan ketamadunannya. Mekanisme Pendidikan Dalam konteks tarbiyyah harakiyyah ABIM ada tiga mekanisma digunakan untuk meningkat ahli dalam pendidikan. Mekanisma-mekanisma itu ialah: (1) Usrah mingguan: usrah merupakan mekanisma asas untuk tarbiyyah ABIM (2) Pengisian ilmu : Dalam usrah ahli dilantik memahami perkara-perkara asas Islam terutamanya tentang bacaan dan memahami al-Qur’an dan Hadith, sirah, akidah, fiqh dan akhlak. Selain dari componen asas ini mereka juga diberi kefahaman tentang gerakan Islam dari sudut pemikiran dan lokasi operasi mereka di dunia Islam serta pemikiran-pemikiran semasa. Ini adalah aspek keilmuannya. (3) Kerohanian : Selain dari aspek keilmuan, aspek kerohanian juga ditekankan iaitu solat maghrib atau isya’ berjemaah, berzikir selepas solat, beramal dengan zikir al-Ma’thurat dan bacaan al-Qur’an 30 juzu’ pada bulan Ramadhan sebagai ganti dan usrah dan solat terawih bersama. (4) Ikatan ukhuwwah : Ikatan ukhuwwah cuba dibina melalui makan bersama yang disediakan oleh ahli di rumahnya dengan penglibatan keluarga, zikir bersama dan solat jamaah. (5) Membina potensi kepimpinan : Usrah merupakan satu bentuk pengajian halaqah, tetapi ia mempunyai struktur organisasi dari sudut gerak kerjanya. Ia ada naqib dan penolongnya, setiausaha dan penolongnya serta bendahari. Maka melalui kegiatan usrah ini secara tidak langsung kita mendidik ahli ciri-ciri kepimpinan; kepimpinan dalam kerohanian dalam solat, dan kepimpinan dalam menggerakkan kerja-kerja masyarakat. Setiap ahli perla dilatih menjadi Imam solat, sekurang-kurangnya ketika usrah di rumah. Merealisasi Pemikiran Gerakan dalam Masyarakat Pendidikan : Pemikiran dan pemahaman yang dibincnag dalam usrah cuba direalisasikan dalam kerja-kerja amal di tempat di mana ahli usrah itu bergerak. Kegiatan yang dijalankan dalam bidnag pendidikan ialah pendidikan asas agama seperti TASKI, TAHFIZ dan kelas al-Qur’an. Kegiatan ini banyak membantu masyarakat untuk keperluan anak-anak mereka dan sekaligus memberikan gambaran yang baik buat ABIM. Ekonomi : Menjalankan aktiviti ekonomi secara kecil-kecilan di tempat di mana usrah digerakkan sama ada melalui kelompok usrah atau melalui KBI. Kegiatan bisnes itu selalunya yang ada kaitan dengan pendidikan dan keperluan bahan-bahan harian untuk ahli dan masyarakat. Kebajikan : Selain itu, aktiviti kebajikan juga dijalankan secara bekerjasama seperti kerja gotong-royong, membantu orang-orang miskin pada bulan Ramadhan atau hari raya, dan juga derma kematian dan orang-orang sakit setempat. Kegiatan ko-kurikulum turut diadakan untuk para pelajar. Usrah Gabungan : Usrah gabungan merupakan satu kegiatan untuk mendekatkan ahli-ahli dari pelbagai kumpulan usrah dalam sesuatu daerah. Kegiatan usrah gabungan ini lebih kepada hubungan persaudaraan dan tajuk perbincangan selalunya berkaitan dengan isu-isu semasa sama ada dalam konteks organisasi atau luarnya; dalam negara atau luar negara. Tamrin Tamrin mempunyai tiga peringkat iaitu Tamrin asas, Tamrin peningkatan dan Tamrin lanjutan. -Mukhayyam: Program mukhayyam penumpuannya lebih kepada pembangunan fizikal dan ketahanan serta amalan kerohanian di samping menimbulkan kesedaran terhadap pertahanan agama, negara dan umat. - Amalan Kerohanian: Amalan kerohanian dalam gerakan ABIM diserap dalam aktivitinya berterusan seperti bacaan Ma’thurat al-Kubra. Tetapi penumpuan agak lebih dalam Tamrin, terutamanya solat Tahajjud, Tilawah al-Qur’an, Tafakkur, Solat Dhuha, Solat Hajat, Solat Awwabin dan sebagainya. Penumpuan tilawah al-Qur’an secara jamacah lebih ditumpukan pada bulan Ramadhan, dan solat Tarawih sebagai ganti majlis usrah biasa. Pendekatan Gerakan ABIM 1. ABIM dalam gerakannya tidak menekankan aspek lahiriyyahnya, terutama dalam aspek pakaian yang ditekankan aspek tuntutan penutupan auratnya, dan tidak terikat kepada pakaian tradisional. Ini memudahkan untuk melebarkan pergerakan dalam masyarakat kerana tidak ada halangan psikologi antara pendakwah ABIM dengan masyarakat. 2. ABIM sebagai badan dakwah bergerak dalam semua bidang keperluan masyarakat. Ia menggunakan pendekatan terbukan dalam menjalankan kegiatan masyarakat dan keperluan masyarakat, dapat bekerjasama dengan pertubuhan lain yang tidak keterlaluan percanggahannya dengan Islam sama ada pertubuhan Islam atau bukan Islam. Ini bertujuan untuk meletakkan ABIM sebagai sebuah gerakan yang peka terhadap kepentingan masyarakat secara umum. 3. Mewujudkan model institusi Islam dalam keupayaannya dalam bidang pendidikan, ekonomi, dan hubungan kemasyarakatan. Iman dan amal perlu seiring dalam amalan ABIM. 4. Mewujudkan rangkaian hubungan baik dengan semua kelompok dan organisasi yang dianggap boleh bekerjasama dalam kegiatan-kegiatan kemanusiaan, dan keislaman di dalam dan di luar negeri. Sebagai badan dakwah, kita tidak mewujudkan musuh, tetapi mewujudkan kawan dan teman lebih banyak. Kesan Gerakan ABIM Gerakan ABIM selama lebih tiga dekad telah dapat dilihat kesan-kesannya yang positif dalam pembangunan masyarakat: 1. Dapat menimbulkan kesedaran Islam harakiyyah yang menjurus kepada orientasi kerja dalam aspek pendidikan ekonomi dan kemasyarakatan. 2. Dalam mengubah falsafah pendidikan negara melalui pegawai-pegawai yang mendokong fiqrah ABIM dengan falsafah pendidikan sepadu yang menggabungkan aspek keislaman dan akademik. Mengasaskan sistem pendidikan Islam sepadu dari peringkat Taski, menengah dan tinggi. 3. Dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat dalam ekonomi yang berteraskan syaricah Islamiyyah, melalui pengalaman KBI tahun 1970an yang menjadikan prinsip Islam sebagai asas perniagaan untuk menjana keuntungan yang membawa perubahan kepada Akta Koperasi yang dapat menerima prinsip Islam dalam pembiayaannya, dan demikian juga kemunculan bank Islam kemudiannya. 4. Membina kesedaran masyarakat hidup berbudaya Islam dari sudut pakaian dan perhubungan masyarakat serta kegiatan-kegiatan lain. 5. Mewujudkan institusi pendidikan, institusi perniagaan yang dikendalikan sendiri oleh ABIM sebagai model institusi Islam. 6. Membina kesedaran masyarakat dalam pemikiran politik masyarakat dalam negara yang lebih terarah dan lebih bermoral. Demikian juga sumbangan ABIM dalam aspek perundangan Islam tidak ketinggalan. 7. Penglibatan ABIM dalam arena antarabangsa yang menyumbang kepada masyarakat antarabangsa yang berada dalam kelompok seperti Palestin, Bosnia, Sri Lanka, Acheh, Filipina, Thailand dan lain-lain. Penutup Pergerakan ABIM yang telah bergerak lebih 3 dekad dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dari aspek keislaman, kemasyarakatan dan kemanusiaan masih bergerak aktif sejak dari penubuhannya. Kekuatan ahli dan ketahanannya dalam mendokong gerakan ini berterusan adalah hasil dari Tarbiyyah ABIM serta berterusan sebagai sebuah gerakan belia, kebiasaannya agak sukar untuk dipupuk ketahanannya. Hal ini dapat dilihat kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang lain yang seangkatan dengannya telah lesu dan sebahagiannya telah mati, sama ada ia gerakan NGO biasa atau badan-badan dakwah Islam. Kita bersyukur di atas pencapaian ini dan diharapkan Allah akan memberi kekuatan kepada kita secara berterusan dan merestui kerja-kerja untuk menegakkan agamanya di muka bumi ini. |
20 November 2010
Langgan:
Catatan (Atom)